Cuba Tengok gambar kat bawah, especially untuk korang yang tengah berdiet. Nampak Sedap kan?
MEMANGLAH SEDAP!!
(dalam hati dah sumpah serana sbb stress xboleh makan makanan goreng-goreng)
BOLEH KE TAK BOLEH NI?
jawapannya.. BOLEH
Biar betul Farah XF betul lah..
TAPI bila goreng makanan :
1. Gunakan Olive oil atau Sunflower oil - kerana ia bukan terdiri daripada Solid Oil & tidak mengandungi Lemak tepu atau Trans fat yang menyebabkan kenaikan kadar LDL(BAD) kholestrol dalam badan. Kebanyakan minyak yang digunakan untuk deep fried food kat restoran adalah yang sebaliknya.
2. Bila menggoreng gunakan minyak dalam jumlah berpatutan - Janganlah anda rendam sehabis mungkin dalam minyak. ini untuk mengawal kadar kalori
3. JANGAN RAJIN NAK RECYCLE MINYAK - hah ni yang penting. Faham sangat kadang-kadang kita tak nak membazir. Tapi perlukah mengadaikan kesihatan badan kita hanya untuk berjimat beberapa ringgit? kita boleh berjimat dengan menggurangkan makan-makanan yang kurang sihat contoh air berkarbonat. Jangan beli langsung. Selalunya di restoran mereka lebih suka kitar semula minyak sampai minyak tu dah gelap sangat dah, baru berhenti pakai.
![]() |
| gambar hanya sekadar hiasan |

No comments:
Post a Comment